Apa tu, High Intensity Interval Training?
Kalau kawan-kawan key in di google, ada macam-macam website pasal HIIT.
Tapi secara amnya ia adalah satu design of exercise kepada para atlit seperti
pelari pecut.
Jadi apa yang akan kita buat dalam HIIT?
High intensity training maksudnya senaman yang rigorous
(bagi kita tercungap-cungap dan kita tak mungkin dapat bercakap semasa buat
senaman ini). Berbeza dengan senam robik atau jogging yang kita masih boleh
bercakap. Contohnya ialah sprinting atau lari pecut secepat yang kita boleh dan
selama-mana yang kita boleh, selalunya dalam kurang 60 saat.
Kalau kawan-kawan selalu pergi taman untuk jogging, ubah cara jogging. Lari
pecut selama yang boleh contohnya 30 saat. Lepas tu jogging (lari-lari anak)
selama 60 saat. Kemudian pecut lagi 30 saat, kemudian lari anak 60 saat, pecut
lagi, jog lagi, pecut, jog... Inilah sebabnya senaman ini disebut sebagai INTERVAL...SELANG SELI. Lari pecut
bukannya lari laju ya, lari pecut ni macam kita lari bila kena kejar dengan
kerbau naik amuk atau anjing gila.
Tak sampai 1 jam buat larian ni, kawan-kawan akan rasa macam nak pancit.
Nak tau sebab apa?? Because this is anaerobic
exercise not aerobic exercise. Maksudnya kita tak sempat nak bernafas
dengan efektif semasa senaman high intensity. Jadi tubuh kita berada dalam
keadaan oxygen debt. Ini bagus
sebenarnya kerana selepas senaman ini, tubuh kita akan bakar lemak secara
berterusan walaupun kita dah berhenti senaman. Sumber tenaga segera (glikogen)
akan digunakan dengan sangat cepat. Ini bagus kerana ia akan membuat otot rasa
lapar dan lemak disekeliling akan menjadi target seterusnya. This is what the
exercise advisors call – SHOCK THE BODY.
Berbeza dengan senam aerobik yang hanya akan bakar lemak selepas 60-90
minit exercise. Dalam senam robik kita sentiasa dapat oxygen yang cukup. Kita
tak menjadi terlalu penat. Tetapi pembakaran lemak hanya terjadi dalam waktu
senaman itu. Lepas senaman, pembakaran lemak akan turut berhenti.
Macam mana sekarang, kawan-kawan berminat??
Antara HIIT yang paling mudah kita lihat ialah bila kawan-kawan bermain
futsal, basketball, bola jaring, tennis, badminton... di mana pergerakan di
selang seli dengan slow and steady dan pecut dengan tiba-tiba.
Bagi kawan-kawan yang tak keluar rumah dan kalau keluar pun anak-anak ja
yang exercise (pi playground), saya syorkan buat JUMPING.... jump rope, skipping, shuffling, jumping jacks (lompat
bintang) setinggi yang boleh selama 60 saat diselang seli dengan lari-lari anak.
Wuih penat betui. Secara amnya, lompat 60 saat, lepas tu jog setempat atau
keliling meja makan atau playground anak 120 saat. Sambung lompat lagi 60 saat setinggi-tinggi yang
boleh. Then jog pulak 120 saat dan selang seli....sampai 30 minit. Jangan lupa
warm up dulu dan warm down selepas habis.
Sebenarnya, saya dalam proses mengeksperimentasi dengan HIIT. Apabila saya boleh
rasa seperti mencucuk-cucuk kat tempat lemak berlebihan (lemak dipecahkan),
masa tulah saya tau senaman ini adalah efektif. Saya pastikan setiap hari saya
buat senaman ini, kalau tak diwaktu pagi, di sebelah petang masa anak-anak dok
main playground.
Kawan-kawan yang nak cepat kurus dan bakar lemak... buat HIIT !!
No comments:
Post a Comment