Salam,
Karbohidrat ada dalam semua jenis makanan dan minuman. Bentuk karbohidrat paling mudah ialah gula. Dalam sehari, kita mungkin telah minum kopi susu, teh susu, milo susu, susu putih, teh o....semua ni ada gula... jadi maksudnya semua ni ada karbohidrat. Karbohidrat dalam bentuk ini tak merbahaya jika di ambil dalam kuantiti yang sedikit (satu sudu kecil atau setengah sudu kecil lagi bagus) hanya sekali atau dua kali minum sahaja dalam sehari.
Karbohidrat yang banyak memberi masalah ialah daripada sumber makanan seperti nasi, roti, kek dan sebagainya. Mengapa?? Sebab ini dikira sebagai "white" food. Makanan diproses daripada bentuk asal. Tapi kalau kawan-kawan makan brown rice or wholemeal bread, masih ok tapi kena jaga had servings.
Persoalan masih belum terjawab... mengapa merbahaya kepada weight loss??
Selain daripada nilai kalori yang tinggi, kadar penguraian kepada glukosa bagi nasi putih dan roti putih dan makanan lain yang diperbuat dari tepung adalah sangat cepat. Kadar ini dipanggil glycemic index.
Ini adalah maklumat tentang GI dari wikipedia:
The glycemic index, glycaemic index, or GI is a measure of the effects of carbohydrates in food on blood sugar
levels. It estimates how much each gram of available carbohydrate
(total carbohydrate minus fiber) in a food raises a person's blood
glucose level following consumption of the food, relative to consumption
of glucose. Glucose has a glycemic index of 100, by definition, and other foods have a lower glycemic index. Glycemic index is defined for each type of food, independent of the amount of food consumed. Glycemic load accounts for the amount of food consumed and is calculated in terms of glycemic index. Glycemic load is defined as the grams of available carbohydrate in the food x the food's GI / 100.
Apa akan terjadi kalau makanan tu cepat terurai kepada glukosa??
Gula dalam darah akan meningkat. Kemudian badan kita akan merembes insulin (sejenis hormone) untuk menyerap masuk glukosa ke dalam sel-sel tubuh agar gula dalam darah diturunkan. Ini berlaku dengan cepat dan kita akan cepat merasa letih dan lapar semula. Inilah sebabnya makanan yang mengandungi serat adalah lebih baik contohnya brown rice lagi bagus dari white rice, whole meal bread lagi bagus dari white bread. Ini adalah kerana penguraian kepada glukosa adalah lambat dan ini akan melambatkan rasa lapar.
Untuk pengetahuan tambahan kepada kawan-kawan,
Diabetes adalah masalah pada tubuh apabila hormon insulin tidak lagi boleh menyuruh sel-sel tubuh menyerap lebihan glukosa di dalam darah. Jadi keadaan gula dalam darah sentiasa tinggi. Ini akan menyebabkan banyak komplikasi lain seperti hypertension, pecah kapilari darah, dan sebagainya. Oleh itu, makanan yang mengandungi glycemic index yang rendah adalah lebih baik dan ukuran berapa banyak yang patut dimakan (glycemic load) akan menghalang pencetusan penyakit ini.
Jadi kawan-kawan kenalah berjaga-jaga. Diet ini bukanlah setakat untuk mengurangkan berat badan dan untuk nampak cantik... tapi untuk kesihatan masa depan.
No comments:
Post a Comment