Kadang-kadang konsep betul atau salah ni tidak memberi apa-apa maksud. Kadang-kadang saya rasa tiada perkara sebenarnya yang betul-betul dan yang salah-salah. Ini semua pandangan manusia. Pandangan masyarakat. Satu-satunya sumber yang ada the ultimate betul adalah AlQuran dan hadith Rasulallah (bukan para ulamak). Ada satu pepatah inggeris yang menyebut "there's a fine line between right and wrong".
Contoh 1: Kalau ada suatu negara (hipotetikal) yang membenarkan rakyatnya mengambil harta benda rakyat yang lain tanpa kebenaran, maka kecurian bukanlah satu perkara yang salah kerana ini adalah satu norma masyarakat itu. Samalah juga kalau negara tu menggalakkan free sex. Maka sex bebas bukanlah satu kesalahan lagi.
Contoh 2: Kalau seorang anak marah dan memberontak buat perangai buruk (pecahkan barang) kerana ibu dan bapa tidak mendengar apa yang anak ingin cakapkan, maka salahkah anak itu? Ibu bapa ini boleh menghukum anak itu lagi (dengan timeout bukan pukul memukul anak) dan mereka rasa mereka berlaku adil kerana menghukum kesalahan anak. Tetapi kesalahan ibu bapa itu? Tindakan anak adalah hasil daripada puncanya...ibu bapa yang ignorant.
Kata kunci: Moral dan Prihatin
Satu tempat yang kita sering dengar pasal betul atau salah ialah di ceramah-ceramah agama. Mungkin tujuannya untuk memperhebahkan sesuatu, atau debat, atau memperbaiki diri ibadah dan sebagainya. Sila ambil perhatian dan kita masih perlu berfikir dan berdebat (bukan ambik bulat-bulat). Kalau dibuka peluang untuk bertanya...sila tanya penceramah tu... mereka pun manusia sama macam kita apa nak ditakutkan?? Dari jawapan yang mereka bagi kita boleh tau....mereka ni betul-betul tau atau tidak tau?? Adakah mereka ini praktikkan nasihat mereka sendiri (Do they do what they preach?)
Kadang-kadang kita rasa kita buat salah terhadap anak kita, terhadap suami, keluarga dan kawan-kawan. Salah yang macam manakah itu?? Salah yang memberi kehinaan, kejatuhan moral, iman... atau kesalahan yang mebuka kepada sesuatu yang positif??
Ada banyak surah-surah dalam AlQuran yang menyuruh kita selalu berfikir dan selalu melihat tanda-tanda. Mengikut intrepretasi saya, Allah SWT mahukan kita selalu berfikir, bertanya, mencari jawapan dan melihat tanda-tanda kebesaran Allah sebagai kunci kepada persoalan kita tadi. Memang sesetengah perkara contohnya "bagaimana rupa Allah?" kita tidak boleh bertanya dan berfikir mengenainya. Bagi saya ini adalah satu ujian....percayakah kita tentang kewujudan Allah?? Persoalan lain tentang mengapa kita mesti bersolah 5 waktu, patut kita tanya dan mencari jawapan. mengapakah kita solat setiap kali tanpa tinggal?? Sebab ibu bapa suruh dan paksa?? Sebab kita menurut perintah Allah?? Sebab nak masuk syurga?? Mengapa setelah lebih suku dekad kita masih solat?? Takut azab Allah?? Apa jenis azab yang kita mungkin kena kat dunia ni kalau tak solat??
Kalau kawan-kawan nak tau jawapan kepada soalan-soalan ni... tanya diri sendiri....dan cari jawapan tu... kerana jawapan inilah yang boleh menentukan iman dan akidah kita... dan kita tau siapa sebenarnya diri kita...
Kata kunci: Muhasabah diri
No comments:
Post a Comment