Sunday, April 22, 2012

High Intensity Interval Training (HIIT)





Apa tu, High Intensity Interval Training?

Kalau kawan-kawan key in di google, ada macam-macam website pasal HIIT. Tapi secara amnya ia adalah satu design of exercise kepada para atlit seperti pelari pecut.

Jadi apa yang akan kita buat dalam HIIT?

High intensity training maksudnya senaman yang rigorous (bagi kita tercungap-cungap dan kita tak mungkin dapat bercakap semasa buat senaman ini). Berbeza dengan senam robik atau jogging yang kita masih boleh bercakap. Contohnya ialah sprinting atau lari pecut secepat yang kita boleh dan selama-mana yang kita boleh, selalunya dalam kurang 60 saat.

Kalau kawan-kawan selalu pergi taman untuk jogging, ubah cara jogging. Lari pecut selama yang boleh contohnya 30 saat. Lepas tu jogging (lari-lari anak) selama 60 saat. Kemudian pecut lagi 30 saat, kemudian lari anak 60 saat, pecut lagi, jog lagi, pecut, jog... Inilah sebabnya senaman ini disebut sebagai INTERVAL...SELANG SELI. Lari pecut bukannya lari laju ya, lari pecut ni macam kita lari bila kena kejar dengan kerbau naik amuk atau anjing gila.

Tak sampai 1 jam buat larian ni, kawan-kawan akan rasa macam nak pancit. Nak tau sebab apa?? Because this is anaerobic exercise not aerobic exercise. Maksudnya kita tak sempat nak bernafas dengan efektif semasa senaman high intensity. Jadi tubuh kita berada dalam keadaan oxygen debt. Ini bagus sebenarnya kerana selepas senaman ini, tubuh kita akan bakar lemak secara berterusan walaupun kita dah berhenti senaman. Sumber tenaga segera (glikogen) akan digunakan dengan sangat cepat. Ini bagus kerana ia akan membuat otot rasa lapar dan lemak disekeliling akan menjadi target seterusnya. This is what the exercise advisors call – SHOCK THE BODY.

Berbeza dengan senam aerobik yang hanya akan bakar lemak selepas 60-90 minit exercise. Dalam senam robik kita sentiasa dapat oxygen yang cukup. Kita tak menjadi terlalu penat. Tetapi pembakaran lemak hanya terjadi dalam waktu senaman itu. Lepas senaman, pembakaran lemak akan turut berhenti.

Macam mana sekarang, kawan-kawan berminat??

Antara HIIT yang paling mudah kita lihat ialah bila kawan-kawan bermain futsal, basketball, bola jaring, tennis, badminton... di mana pergerakan di selang seli dengan slow and steady dan pecut dengan tiba-tiba.

Bagi kawan-kawan yang tak keluar rumah dan kalau keluar pun anak-anak ja yang exercise (pi playground), saya syorkan buat JUMPING.... jump rope, skipping, shuffling, jumping jacks (lompat bintang) setinggi yang boleh selama 60 saat diselang seli dengan lari-lari anak. Wuih penat betui. Secara amnya, lompat 60 saat, lepas tu jog setempat atau keliling meja makan atau playground anak 120 saat. Sambung lompat lagi 60 saat setinggi-tinggi yang boleh. Then jog pulak 120 saat dan selang seli....sampai 30 minit. Jangan lupa warm up dulu dan warm down selepas habis.

Sebenarnya, saya dalam proses mengeksperimentasi dengan HIIT. Apabila saya boleh rasa seperti mencucuk-cucuk kat tempat lemak berlebihan (lemak dipecahkan), masa tulah saya tau senaman ini adalah efektif. Saya pastikan setiap hari saya buat senaman ini, kalau tak diwaktu pagi, di sebelah petang masa anak-anak dok main playground.

Kawan-kawan yang nak cepat kurus dan bakar lemak... buat HIIT !!

Diet yang baik tidak akan lengkap tanpa senaman




Untuk pengetahuan kawan-kawan, sepanjang diet saya dari bulan Oktober (minggu terakhir) tahun lepas, saya tidak membuat senaman yang effektif. Saya tidak buat tiap-tiap hari, atau 3 kali seminggu. Saya cuma buat ikut masa saya free sahaja. Sebab itu penurunan berat badan mengambil masa terlalu lama.

Ini situasinya: Berat asal 60 kg dan target untuk turun ke 50 kg patutnya mengambil masa 10 minggu atau 2 bulan 2 minggu ( 1 kg turun setiap minggu ) dan sampai berat target pada Januari (minggu ke-2) . Tetapi saya turun ke 54 pada bulan Januari. Tak sampai 50 kg. Masih ada 4 kg untuk diturunkan.

Jadi apakah senaman paling sesuai dan berkesan??

1)    Cardio exercises – senamrobik, jogging, main futsal, swimming...
2)    Strength training – angkat berat
3)    Stretching exercises – yoga, pilates, taichi...

Ini adalah antara senaman yang sesuai, tetapi timbul lagi satu persoalan, bagaimana dan lama mana??

Secara asanya, senaman aerobik untuk membakar lemak mengambil masa 60 minit ke 90 minit. Strength training adalah untuk menjaga otot agar tidak berkurang dengan mendadak semasa dalam program diet dan memberi bentuk yang cantik kepada tubuh. Stretching seperti yoga dan pilates akan memberikan imbangan badan (balance) kepada tubuh (kawan-kawan akan rasa badan lebih ringan apabila membuat yoga).

Senam aerobik – 60 – 90 minit (5 kali seminggu)
Strength training – 20 – 30 minit (selang setiap hari)
Stretching – 10 – 20 minit (3 – 4 kali seminggu)

Masa saya mula-mula selidik pasal senaman yang betul, saya rasa macam nak pengsan (tak mungkin saya boleh buat) kalau nak ikutkan masa yang perlu saya beri untuk senaman. Masa tak cukup.

Jadi saya jumpa satu alternatif cara senaman efektif dan cepat.

Tetapi bagi kawan-kawan yang banyak free time, please gunakan masa tu untuk senaman seperti yang disyorkan.

Bagi yang tak ada masa yang banyak macam saya, ini cadangannya:

30 minutes High Intensity Interval Training (HIIT) – setiap hari (7 kali seminggu)
30 minutes Full Body Strength Training (FBST) – selang setiap hari (4 kali seminggu)
Posting seterusnya, apa itu HIIT dan FBST?

Diet Pengurangan Kalori




Balik kepada BMR, dan kurangkan 500 kalori. Jika BMR saya adalah 1200, maka diet pengurangan kalori yang patut saya ikuti adalah 1200-500 iaitu 700 kalori setiap hari.

Kawan-kawan tolong kira dan catatkan dalam diari.

Apakah yang kita boleh makan dengan 700 kalori setiap hari??

Ini adalah contoh diet program yang saya buat setiap hari semenjak bulan Oktober 2011 sehinggalah saya mencapai 54 kg (Februari 2012) :

Sarapan pagi              7.30 am          Nescafe 1 cawan      100 calorie
Snack pagi                 10.30 am        Yogurt Nestle              100 calorie
Makan tengahari        1.30 pm          Sayur dan ikan           150 calorie
Snack petang             4.30 pm          Buah-buahan              100 calorie
Makan malam            7.30 pm          Sayur dan ayam         150 calorie
Snack malam             10.30 pm        Susu 1 cawan            100 calorie

Total calorie                                                                             700 calorie

Ini adalah contoh dan dari bulan Oktober hingga Februari. Saya juga akan minum Herbalife satu serving yang calorienya ialah lebihkurang 100 cal untuk ganti makan tengahari saya. Waktu-waktu lain, minum air dengan banyak (setiap kali 500 ml, patut minum 3 L air setiap hari).

Mudah atau tidak, kawan-kawan??

Tak semudah yang disangka ya. Sebab kalau kawan-kawan tengok contoh diet itu, saya tak makan langsung nasi, roti, kuih, noodles, kek... (sabar, sabar, tahan nafsu, tahan gian... tahan...)

Sebenarnya diet calorie deficit tak perlu menjadi terlalu susah. Cuma kita kena faham sikit-sikit tentang komposisi makanan dan apakah kalori makanan tersebut.

Ada satu website khusus yang buat senarai makanan dan nilai kalori. Sila rujuk website ini: http://caloriecount.about.com/

Saya sendiri akan sediakan satu senarai ringkas untuk kawan-kawan. Untuk permulaan, untuk kawan-kawan yang tak sabar nak mula berdiet :

1 biji telur – 70 calorie
1 cawan susu anlene (4 sudu besar dalam 300 ml air) – 100 calorie
1 biji buah epal saiz sedang – 50 calorie
1 mangkuk salad (english salad) – 50 calorie
1 biji tomato – 15 calorie
300 g daging ayam bahagian dada (rebus) – 142 calorie
1 peket milo 3 in 1 – 120 calorie

Daripada nilai kalori ini, kawan-kawan boleh customize diet plan harian sendiri. Apa yang penting, dalam diet harian mesti ada: sumber protein, serat (penuh dengan vitamin dan mineral). Untuk peringkat ini, jika boleh jangan makan karbohidrat dan lemak langsung (kiranya nasi, roti, kek, donut, goreng pisang dan ayam goreng tak boleh yer...).

Nilai kalori ni, kawan-kawan mudah tau apabila pergi shopping di mana-mana shopping complex sebab banyak makanan sekarang yang sudah ada maklumat nutrisi di peket. Jadi tengok betul-betul dan pilih yang sesuai untuk dimasukkan dalam diet harian.

Dalam posting seterusnya saya akan tunjuk mengapa nasi, roti, kek, mee dan banyak karbohidrat lain yang tak boleh dimakan semasa dalam program ini (ataupun boleh dimakan dalam jumlah yang amat sedikit). Saya juga akan tunjuk kelonggaran dalam diet ini – jika terasa terlalu letih tak ada tenaga sila makan sesuatu bernilai 100 calorie – contoh yang paling mudah minum susu, yogurt atau Nescafe 3 in 1)

Calorie Deficit – Pengurangan Calorie




Apabila kawan-kawan telah mengira tenaga metabolik asas (basal metabolic rate (BMR)) dan darab index aktiviti (jika buat aktiviti cergas lebih dari setakat kerja di meja), kalian akan dapat jumlah penggunaan tenaga seharian.

Contoh: Jika BMR saya adalah 1200 dan saya tiada aktiviti cergas (darab index 1.2), maka kadar metabolik seharian saya adalah 1440.

Tetapi, mengikut pengiraan ini, yang saya paham, this is an overestimate.

Saya juga menggunakan alat penimbang “scanner” yang digunakan oleh kawan saya yang membuat program Herbalife untuk mengetahui kadar metabolik seharian. Dan scanner ini memberikan anggaran kadar metabolik seharian sebanyak 1200 (ini adalah BMR saya).

Program mengurangkan berat badan yang saya ikuti setelah di programkan oleh kawan saya itu adalah berasaskan kepada BMR saya (1200 calorie). (Bukan 1440 yang sepatutnya saya ikuti. Oleh itu, kawan-kawan boleh bayangkan betapa letihnya saya – tak lapar sebab dalam program ini saya makan 6 kali sehari iaitu setiap 3 jam).

Jadi untuk kawan-kawan yang mana satu patut kawan-kawan ikut??
Gunakan BMR sebagai asas untuk program calorie deficit ataupun setelah didarab aktiviti indeks??

Saya nasihatkan, gunakan BMR. Tetapi ada peringatan penting: kawan-kawan mesti tau tahap kesihatan kawan-kawan sendiri. Saya tak mahu kawan-kawan pengsan akibat kekurangan tenaga segera (glikogen). Tujuan saya membuat ini adalah untuk tubuh kita menggunakan tenaga simpanan (lemak).

Sebelum saya huraikan dengan lebih lanjut, saya nak beritahu kawan-kawan apa yang akan berlaku pada tubuh apabila kawan-kawan mulakan dengan program ini:

  Apabila kita makan kurang daripada tenaga yang tubuh kita gunakan seharian, tubuh kita secara automatik akan mencari sumber tenaga yang lain. Dari segi kes ini, tubuh akan mencari lemak dan protein untuk membuat tenaga. Tujuan makan setiap 3 jam ialah untuk memberikan tenaga dalam bentuk glucose untuk pembinaan glikogen yang minimum dalam tubuh (tenaga yang cukup-cukup sahaja) tanpa membiarkan tubuh masuk ke dalam mod berpuasa (fasting or starvation mode). Apabila tubuh kita masuk ke mod puasa, tubuh tidak akan membakar lemak untuk tenaga tetapi akan membakar protein otot untuk membuat lemak dan membuat tenaga.

(Saya telah membuat eksperimen pada diri sendiri: puasa dua hari. Berat badan meningkat daripada sebelum puasa. Tak percaya?? Cuba sendiri)

  Fakta ini adalah benar dan memang betul sebab saya pun telah belajar dulu masa buat Biokimia first degree. Dan kalau kawan-kawan nak penjelasan in detail. Boleh key in dalam google “What is starvation mode”.

Seterusnya, apabila tubuh kita tidak masuk dalam mod berpuasa dan masih berfungsi dengan baik, lemak akan mula dibakar secara perlahan-lahan. Perkara utama yang kawan-kawan akan nampak kesannya ialah lilitan pinggang akan menurun dan boleh nampak kulit menjadi kendur akibat lemak yang dibakar (selepas seminggu atau 2 minggu).

Jadi, bagaimanakah kita hendak mulakan dengan diet calorie deficit??

Tuesday, April 17, 2012

Are you ready????

Sudahkah kalian semua bersedia untuk menghadapi segala cabaran dan halangan untuk menjadi kurus dan sihat?? Kalau sudah lama bersedia... jom kita mulakan.

Sebelum tu, saya syorkan kawan-kawan sediakan satu diari "Weight Loss and Weight Management". Ini adalah penting kerana ia merekodkan perjalanan kita dalam peperangan ini. Dan kita boleh tengok semula di mana silap supaya kita boleh perbaiki.

Ok sedia... jom mula.

1. Tentukan target berat yang ingin dicapai.

Berapakah ketinggian kawan-kawan sekarang?? Secara paling mudah, jika ketinggian adalah 150 cm, maka berat yang patut dicapai ialah 50 kg. Ataupun kalau nak gunakan target berat sebelum kawin atau masa kolej dulu, silakan. Pastikan target kawan-kawan adalah realistik. Kawan-kawan juga boleh gunakan BMI range yang saya dah beri sebelum ni sebagai panduan. Tulis target ini dalam diari anda.


2. Tentukan masa untuk mencapai target.

Secara optimum, berat badan boleh turun sebanyak 1 kg seminggu. Untuk kawan-kawan yang terlebih berat dan obese, lebih dari 1 kg boleh hilang jika membuat diet yang betul dan senaman. Untuk kawan-kawan yang terlebih berat macam saya dulu, 1 kilo kurang setiap minggu adalah yang terbaik dan selamat.

Jadi kalau seminggu satu kilo untuk turun, berapa minggukah saya perlu untuk turunkan 10 kilo? Sepuluh minggu. Gunakan panduan ni dan tetapkan dalam diari anda.



3. Kira BMR (basal metabolic rate atau kadar metabolisme asas)

BMR menunjukkan kadar metabolik badan kita, iaitu berapa tenaga (calorie) yang tubuh kita guna dalam seharian jika tidur semata-mata. Cara untuk kira mudah saja. Ikut panduan ini:

BMR = berat dalam kg x 2.2 x 10

darab 2.2 untuk tukar kg ke bentuk pounds (lbs) dan darab 10 untuk dapat BMR.


4. Kira tenaga yang digunakan seharian dengan aktiviti

Ini maklumat saya dapat dari builtlean.com. Banyak juga website dan buku yang gunakan konsep yang sama.

Activity Multiplier (Both HB + KA Method use same activity multiplier)
Little or No Exercise, Desk Job 1.2 x BMR
Light Exercise, Sports 1 to 3 Times Per Week 1.375 x BMR
Moderate Exercise, Sports 3 to 5 Times Per Week 1.55 x BMR
Heavy Exercise, Sports 6 to 7 Times Per Week 1.725 x BMR

5. Tenaga masuk (calorie in) mesti kurang daripada tenaga keluar (calorie out)

Ini disebut sebagai calorie deficit. Sebab kita mahu tubuh kita ambil tenaga dari lemak lebihan. Untuk lakukan calorie deficit ini, kita kena kurangkan sebanyak 500 calorie setiap hari. Contohnya kadar metabolik tubuh saya (dari pengiraan no. 4) adalah 1200. Oleh itu saya kena makan 700 calorie setiap hari untuk dapat pengurangan 1 kilo seminggu.

Kawan-kawan faham?? Sila catatkan dalam diari juga.

Apabila semua ini sudah selesai, masa untuk tetapkan diet dan senaman hampir tiba....( dalam posting esok )

Monday, April 16, 2012

Sebelum mula mengurus...

Kawan-kawan, sebelum awak semua mula nak diet dan senaman...fikir dulu...

Berat badan: ideal atau tidak?




\mathrm{BMI} = \frac{\mbox{mass} \ \mbox{(kg)}}{\left( \mbox{height}(\mathrm{m})\right)^2}

Kalau rendah dari 18.5 - kurang berat, 18.5-24.9 - berat normal, 25-29.9 - berat terlebih, 30 ke atas - obese.

Walaupun berat badan mungkin ideal tapi berapa banyak peratus lemak dan otot?

Ini susah sikit nak kira. Cara untuk kita kenalpasti secara mudah samada kita ada lebihan lemak yang banyak ialah, tengok kadar "jelly" gelebeh kat perut, lengan, leher, muka dan sebagainya. Bagi yang kurus sikit, perhatikan perut sendiri dan lemak di bawah lengan. Gelebeh atau tidak? Kalau gelebeh tu boleh tahan jugak, maknanya, mesti senaman dan ubah diet. Kalau kawan-kawan berminat untuk tau pengiraan peratusan lemak dan otot boleh pergi ke website builtlean.com

Bagi yang memang dah tau diri sendiri dah berat terlebih lebih ataupun obese, sila lah bersedia dari segi mental untuk mulakan peperangan menentang nafsu makan dan nafsu makan sedap minum sedap dan nafsu nak tidur dan nafsu malas. Memang saya anggap menurunkan berat badan dan jadi mantap adalah satu peperangan - A war against yourself.

Kita selalu sangat bagi alasan kepada diri sendiri. Alasan-alasannya...

  1. Tak ada masa
  2. Letih
  3. Terlalu banyak kerja
  4. Terlalu banyak nak fikir
  5. Tak gemuk sangat pun, boleh tahan lagi
  6. Dah ideal buat apa nak diet atau senaman
  7. If it's not broken, don't fix it
  8. Buang masa, benda lain lagi penting
  9. Anak-anak kecik lagi, susah la
  10. Suami pun gemuk, kalau saya gemuk pun ok ja
  11. Suami tak komplen
  12. Mak ayah pun tak komplen
  13. Tak ada orang pun kata saya gemuk, buat apa saya nak perasan
  14. Terlalu banyak komitmen
  15. Tak tau macam mana nak diet dan senaman yang betul
Kalau nak ikutkan, banyak lagi alasan saya boleh list kat sini. Sebenarnya, lebih kurang 9 dari 15 alasan di atas adalah betul bagi saya sendiri. Tapi saya tau, saya sudah sampai tahap terlebih berat dulu (overweight). Kesihatan senang terjejas. Senang penat bila naik tangga. Dan yang paling saya geram sekali ialah...makcik cleaner tu selalu komen "Ai cik adik, ada mengandung sorang lagi ka?". Dah la posture berjalan memang sebiji dot macam orang mengandung jalan, macam mana orang tak kata macam tu?? Masa tu anak kedua saya kecik lagi dan baru nak habih menyusu. Geram betui.

Itulah motivasi saya untuk mulakan perjalanan menurunkan berat badan. Kawan-kawan macam mana pulak?? Tetapkan motivasi anda sebab inilah yang akan menjadi pendorong yang berterusan walaupun anda akan hadapi jalan mati. Sebagai manusia memang kita senang terpesong, mudah putus asa, hilang semangat, hilang disiplin, hilang sabar (kelemahan kita sebagai manusia sangat banyak....)

Untuk nombor 15 di atas, itu yang saya akan huraikan secara terperinci nanti.

Buat masa sekarang sediakan minda dan jiwa, kerana ini adalah satu PEPERANGAN.

IT'S A WAR.





Sunday, April 15, 2012

Bagaimana saya mula mengurus

Bulan Oktober 2011 satu amaran besar telah datang dengan tiba-tiba. Ribut petir, ombak kuat... apa yang telah terjadi?? Berat badan sudah mencapai 60 kg walaupun saya makan kurang nasi, kurang segalanya... silap di mana??

(Sekarang saya tau banyak silapnya. Apa-apa pun saya teruskan ceritera dulu)

Setiap kali anak makan tak habis saya akan habiskan. Kemudian kakak saya kata jangan makan saki baki anak. Buang ja sebab nanti kita jadi gemuk. Ok saya ikut. Tapi berat tak turun jugak. Saya cuba high protein diet dan senaman sejam sehari dan bangun pukul 5 pagi. Larat buat setakat sebulan sahaja (Saya ni kurang disiplin). Lepas tu letih dan penat. Berat tak turun cuma rasa badan kejap sikit (tanda muscle gain).

Perut masih buncit. Buat crunches macam orang gila. Setiap kali 300 crunches. Ya betul nampak la two packs. Lagi four packs tak nampak (tersembunyi di sebalik lemak berlambak kat keliling pusat dan jangan lupa cellulite kat paha dan buntut...buruk gila).

Kecewa. Apa nak buat lagi ek?? Ada member buat herbalife. Ok dia recommend. Saya beli 2 botol. Ikut program turun la dari 60kg ke 58kg dalam 2 minggu. Kemudian stuck. Berat tak turun dah next week. Still dekat 58 ke 57 tapi bukan 57. Silap kat mana lagi?? Satu lagi member suruh flushing untuk 3 hari. Minum air cuka (2 camca besar dalam 500 ml air) tiga kali sehari. Pedih tekak minum air satu jag. Yeah Alhamdulillah. Berkesan, turun lagi dan lagi dan lagi....tapi tak cukup cepat sebab saya tak exercise consistently....so sampai la sekarang, berat antara 54-53 kg.

Masa nak turun dari 55 kg, Herbalife saya dah habis dan saya dah boring minum tu. Ya la dah 4 bulan. Member suruh saya count calories. Ok mengikut tinggi saya dan current weight, saya patut makan 600 calorie setiap hari. Aiyyoo... apa nak makan?? Penin lagi... susu 100 cal, yogurt 100 cal, buah epal kecik 2 biji 100 cal, susu lagi 100 cal, kacang 50g 100 cal, sayur dan telur sebiji 100 cal... hah gila tak gila... dekat dua bulan saya makan macam tu... saya craving gila nak makan coklat roti nasi.... sedih nak mampus...

Dan saya memang kurang disiplin... selang dua tiga hari makan diet kaw kaw... saya makan nasi la... roti dan kek (very high calorie)... cookies dan kuih.... last last tengok alat penimbang.... APA?? naik 1 kilo ataupun APA?? turun 1 kilo ja??

Memang saya gila obses dengan berat badan dan bentuk badan. Memang suami tak komplen. Dia boleh kata apa lagi tau... dia kata " You will never get back to your body before marriage and give birth ". Sedih dan geram gila. Ya la dia maintain handsome. Lean and slim. Saya kena expand perut saya untuk muatkan 2 orang baby 3 kilo tau. Dah la terlalu banyak kerja rumah kerja USM... mana ada masa nak exercise?? Macam maid, cook, mother, teacher, playmate, career woman, wife, driver, despatch, judge, majistret, executioner, anak harapan, ....hang pikiak la sendiri...

Last last saya nak give up... biaq pi la...biaq la saya makan ja apa saya nak asalkan saya happy.Tak turun sampai 48 kg pun tak pa. (FYI tinggi saya 154 cm berat ideal antara 47-55 kg)

Tapi saya discover something... Saya boleh makan coklat tanpa rasa bersalah takut berat badan naik... Saya boleh makan roti tanpa takut roti itu akan menjadi simpanan lemak... dan saya jumpa cara untuk senaman yang pendek (bukan satu jam) dan effektif untuk bakar lemak.... WOW... (tak jadi give up).

Jadi apa yang saya nak bagi tau kat kawan2 semua ialah kita boleh berjaya!!!

Berat sekarang antara 53 plus minus 1 kilo. Ada balik 2 packs (tanpa buat satu crunches pun). Peha less flab (sampai kena beli seluar baru), arms less flab. Stamina lebih bagus. Tak ada cravings (gian nak makan apa2). 

Gambar?? tunggu saya dapat six packs then saya email privately kat hangpa semua (perempuan saja) hahahaha.






Betul atau Salah

Kadang-kadang konsep betul atau salah ni tidak memberi apa-apa maksud. Kadang-kadang saya rasa tiada perkara sebenarnya yang betul-betul dan yang salah-salah. Ini semua pandangan manusia. Pandangan masyarakat. Satu-satunya sumber yang ada the ultimate betul adalah AlQuran dan hadith Rasulallah (bukan para ulamak). Ada satu pepatah inggeris yang menyebut "there's a fine line between right and wrong".

Contoh 1: Kalau ada suatu negara (hipotetikal) yang membenarkan rakyatnya mengambil harta benda rakyat yang lain tanpa kebenaran, maka kecurian bukanlah satu perkara yang salah kerana ini adalah satu norma masyarakat itu. Samalah juga kalau negara tu menggalakkan free sex. Maka sex bebas bukanlah satu kesalahan lagi.

Contoh 2: Kalau seorang anak marah dan memberontak buat perangai buruk (pecahkan barang) kerana ibu dan bapa tidak mendengar apa yang anak ingin cakapkan, maka salahkah anak itu? Ibu bapa ini boleh menghukum anak itu lagi (dengan timeout bukan pukul memukul anak) dan mereka rasa mereka berlaku adil kerana menghukum kesalahan anak. Tetapi kesalahan ibu bapa itu? Tindakan anak adalah hasil daripada puncanya...ibu bapa yang ignorant.

Kata kunci: Moral dan Prihatin

Satu tempat yang kita sering dengar pasal betul atau salah ialah di ceramah-ceramah agama. Mungkin tujuannya untuk memperhebahkan sesuatu, atau debat, atau memperbaiki diri ibadah dan sebagainya. Sila ambil perhatian dan kita masih perlu berfikir dan berdebat (bukan ambik bulat-bulat). Kalau dibuka peluang untuk bertanya...sila tanya penceramah tu... mereka pun manusia sama macam kita apa nak ditakutkan?? Dari jawapan yang mereka bagi kita boleh tau....mereka ni betul-betul tau atau tidak tau?? Adakah mereka ini praktikkan nasihat mereka sendiri (Do they do what they preach?)

Kadang-kadang kita rasa kita buat salah terhadap anak kita, terhadap suami, keluarga dan kawan-kawan. Salah yang macam manakah itu?? Salah yang memberi kehinaan, kejatuhan moral, iman... atau kesalahan yang mebuka kepada sesuatu yang positif??

Ada banyak surah-surah dalam AlQuran yang menyuruh kita selalu berfikir dan selalu melihat tanda-tanda. Mengikut intrepretasi saya, Allah SWT mahukan kita selalu berfikir, bertanya, mencari jawapan dan melihat tanda-tanda kebesaran Allah sebagai kunci kepada persoalan kita tadi. Memang sesetengah perkara contohnya "bagaimana rupa Allah?" kita tidak boleh bertanya dan berfikir mengenainya. Bagi saya ini adalah satu ujian....percayakah kita tentang kewujudan Allah?? Persoalan lain tentang mengapa kita mesti bersolah 5 waktu, patut kita tanya dan mencari jawapan. mengapakah kita solat setiap kali tanpa tinggal?? Sebab ibu bapa suruh dan paksa?? Sebab kita menurut perintah Allah?? Sebab nak masuk syurga?? Mengapa setelah lebih suku dekad kita masih solat?? Takut azab Allah?? Apa jenis azab yang kita mungkin kena kat dunia ni kalau tak solat??

Kalau kawan-kawan nak tau jawapan kepada soalan-soalan ni... tanya diri sendiri....dan cari jawapan tu... kerana jawapan inilah yang boleh menentukan iman dan akidah kita... dan kita tau siapa sebenarnya diri kita...

Kata kunci: Muhasabah diri


Mukadimah...diet nak kurus

Apabila seorang wanita meningkat umurnya, metabolisme tubuh badan turut menurun. Tambahan pula wanita yang telah mengandung dan melahirkan anak beberapa kali, lemak terkumpul akan turut bertambah setiap kali mengandung dan tidak akan hilang walaupun telah habis menyusu bayi.

Permasalahan wanita dan ibu yang utama : "Macam mana saya nak buang lemak berlebihan kat perut saya ni? Gendut dan tak elok. Nak pakai baju apa pun nampak buncit dan tak muat".

Macam-macam cara nak atasi masalah ini. Ada yang berdiet dan ada yang bersenam. Ada yang buat dua-dua sekali. Tetapi tidak begitu berkesan. Mengapa? Apakah diet terbaik dan apakah senaman terbaik?

Itu masalah kedua...tapi apabila terlalu banyak masalah....semuanya jadi porak peranda... diet entah ke mana...senaman pun tak pernah buat.

Jadi apakah perkara UTAMA yang boleh menurunkan berat badan dan kuruskan perut secara efektif?

Saya bagi tiga kata kunci:

DISIPLIN

PENGETAHUAN

KESABARAN

Tanpa disiplin, apa pun tidak mungkin terjadi. Tanpa pengetahuan, segala cara tidak akan berkesan. Lemak dan berat tidak akan hilang semalaman, jadi tanpa kesabaran, segala usaha menjadi sia-sia.

Oleh itu, jika kawan-kawan mahu menurunkan berat badan dan buang lemak berlebihan serta menjadi lebih sihat dan kuat...ikuti pengalaman saya dan saya akan berikan tips dan resipi yang kawan-kawan boleh gunapakai ataupun improvise ikut kreativiti diri sendiri.

Mengenai blog ini

Mengapa saya katakan masa ini adalah age of self discovery? Sebab masa inilah kita mengetahui, mengenali, belajar dengan lebih banyak lagi, melalui pelbagai rintangan dan halangan berbanding semasa umur 20-an. Umur lingkungan 30-40-an penuh dengan cabaran dan pengalaman. Bagaimana untuk menjadi seorang ibu atau bapa yang baik, bagaimana untuk menjaga kesihatan keluarga dan diri, persoalan-persoalan tentang dunia dan akhirat, keagamaan dan kekalifahan serta arah tuju akan dibincangkan dan didebatkan dalam blog ini.

Blog ini akan berbicara sepenuhnya dalam bahasa melayu melainkan ada terminologi bahasa inggeris yang tidak boleh diterjemahkan dan terjemahannya akan memberikan maksud yang berbeza.