Tuesday, May 1, 2012

Yoga - Haram ka halal??

Salam,

Apa pendapat kawan-kawan pasal yoga?? Dulu ada masuk berita kata haram yer. Apa-apa pun this is my opinion on yoga....

YOGA IS THE BEST EXERCISE PLAN THAT ANYONE COULD FOLLOW without dislocating your knee, makes you energized, burn fats, tone and keep you in balance...in food intake and in life.

YOGA is a type of stretching exercise that combines strength and core exercise.

Percaya atau tidak?? Ya sememangnya saya tak ikut la mantra yoga sebab kita semua dah ada solat dan tasbih... sememangnya memberi ketenangan. Tapi nak tau sebab apa saya kata yoga ini bagus untuk weight loss?? Baca di bawah...

1. Yoga akan buat anda terasa badan anda ringan - walaupun masih berat beberapa kilo
2. Yoga akan beri flexibility pada tubuh - jadi bila buat lipat melipat tak menjadi masalah
3. Yoga akan bagi kita berpeluh walaupun kita tak melompat atau lari
4. Yoga akan bentukkan otot, kuatkan otot dan bakar lemak.
5. Yoga memberi kita fokus dan rasa tenang - kalau otak rasa serabut, pi buat yoga.

Saya dah buat yoga ni dah lama, dari sebelum dapat anak lagi sebab ia sangat relaxing dan mudah nak buat di rumah. Saya beli DVD yoga dan ikut. Dulu saya buat for beginner. Sekarang saya tengah eksperimen dengan Vinyasa / Ashtanga Yoga... fuh lagi mencabar.... kaki tangan badan berlipat-lipat.

Saya bagi contoh, berapa lama kawan-kawan boleh berdiri sebelah kaki dan sebelah lagi kaki lipat di lutut dan dua-dua tangan julur ke atas??

Contoh lain, berapa lama kawan-kawan boleh berdiri dengan satu kaki, badan bongkok ke hadapan (90 darjah), kaki sebelah lagi julur lurus ke belakang, dan depakan dua-dua lengan??

Mencabar atau terlalu senang. Buat 10 saat dulu. Cuba buat selama 20 saat pulak alternate kaki. Senang tak??

Ada macam-macam bentuk dalam yoga... namanya yoga forms.... standing mountain, dog pose, sun salutation, sleeping pose....

Yang saya suka sangat pasal yoga ni sebab kita tak perlu melompat dan tergesa-gesa. Ada masa yang saya letih sangat pagi-pagi dan tak larat nak buat HIIT, saya akan buat yoga. Tenang ya amat, subhanallah. Lepas saya cuba vinyasa yoga, baru start kemarin dulu, fuhh lenguhnya kaki dan pinggang. Tapi yang syok tu, bila berjalan, badan rasa ringan semacam. Wow...

Kawan-kawan nak tau macam mana nak buat?? Ha kalau nak boleh fb atau msg saya..


Kenapa karbohidrate seperti nasi, mee, roti, kek... tak baik semasa menguruskan badan?

Salam,

Karbohidrat ada dalam semua jenis makanan dan minuman. Bentuk karbohidrat paling mudah ialah gula. Dalam sehari, kita mungkin telah minum kopi susu, teh susu, milo susu, susu putih, teh o....semua ni ada gula... jadi maksudnya semua ni ada karbohidrat. Karbohidrat dalam bentuk ini tak merbahaya jika di ambil dalam kuantiti yang sedikit (satu sudu kecil atau setengah sudu kecil lagi bagus) hanya sekali atau dua kali minum sahaja dalam sehari.

Karbohidrat yang banyak memberi masalah ialah daripada sumber makanan seperti nasi, roti, kek dan sebagainya. Mengapa?? Sebab ini dikira sebagai "white" food. Makanan diproses daripada bentuk asal. Tapi kalau kawan-kawan makan brown rice or wholemeal bread, masih ok tapi kena jaga had servings.

Persoalan masih belum terjawab... mengapa merbahaya kepada weight loss??

Selain daripada nilai kalori yang tinggi, kadar penguraian kepada glukosa bagi nasi putih dan roti putih dan makanan lain yang diperbuat dari tepung adalah sangat cepat. Kadar ini dipanggil glycemic index.

Ini adalah maklumat tentang GI dari wikipedia:

The glycemic index, glycaemic index, or GI is a measure of the effects of carbohydrates in food on blood sugar levels. It estimates how much each gram of available carbohydrate (total carbohydrate minus fiber) in a food raises a person's blood glucose level following consumption of the food, relative to consumption of glucose. Glucose has a glycemic index of 100, by definition, and other foods have a lower glycemic index. Glycemic index is defined for each type of food, independent of the amount of food consumed. Glycemic load accounts for the amount of food consumed and is calculated in terms of glycemic index. Glycemic load is defined as the grams of available carbohydrate in the food x the food's GI / 100.

Apa akan terjadi kalau makanan tu cepat terurai kepada glukosa??

Gula dalam darah akan meningkat. Kemudian badan kita akan merembes insulin (sejenis hormone) untuk menyerap masuk glukosa ke dalam sel-sel tubuh agar gula dalam darah diturunkan. Ini berlaku dengan cepat dan kita akan cepat merasa letih dan lapar semula. Inilah sebabnya makanan yang mengandungi serat adalah lebih baik contohnya brown rice lagi bagus dari white rice, whole meal bread lagi bagus dari white bread. Ini adalah kerana penguraian kepada glukosa adalah lambat dan ini akan melambatkan rasa lapar.

Untuk pengetahuan tambahan kepada kawan-kawan,
Diabetes adalah masalah pada tubuh apabila hormon insulin tidak lagi boleh menyuruh sel-sel tubuh menyerap lebihan glukosa di dalam darah. Jadi keadaan gula dalam darah sentiasa tinggi. Ini akan menyebabkan banyak komplikasi lain seperti hypertension, pecah kapilari darah, dan sebagainya. Oleh itu, makanan yang mengandungi glycemic index yang rendah adalah lebih baik dan ukuran berapa banyak yang patut dimakan (glycemic load) akan menghalang pencetusan penyakit ini.

Jadi kawan-kawan kenalah berjaga-jaga. Diet ini bukanlah setakat untuk mengurangkan berat badan dan untuk nampak cantik... tapi untuk kesihatan masa depan.